Bersama-sama kita menyokong ke arah Pembandaran Bandar Mapan Kota Kinabalu, Sabah..

~Bandar Mapan Tanggungjawab Bersama~

Search This Blog

Thursday, April 1, 2010

KOTA KINABALU SELANGKAH KE ARAH PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Dalam proses menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang moden dan membangun, cabaran terbesar yang dihadapi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ialah kurangnya sumber pembiayaan dan terpaksa bergantung pada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Memandangkan sumber pembiayan terhad, maka projek-projek Dewan Bandar raya dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan semasa, bergantung kepada peruntukan yang disediakan dan sumber yang ada pada DBKK.

Kota Kinabalu mempunyai laut China Selatan sebagai pesisirnya dan Gunung Kinabalu sebagai latar belakangnya. Promosi agresif yang dijalankan kerjaan negeri dan penggiat industri ini menunjukkan hasil dengan bilangan pelancong yang datang ke Kota Kinabalu terus meningkat saban tahun. Pembangunan pesat yang diberlaku di bandar raya ini sejak beberapa tahun lepas, termasuk pembinaan hotel-hotel baru serta resort antarabangsa yang bertaraf dunia, mampu menampung pelancong yang mahu membeli belah sambil berjimat dan yang mahu menikmati percutían yang mewah. Terdapat gedung membeli belah baru seperti 1 Borneo Hypermall, yang terbesar di Borneo, Suria Sabah, Asia City, KK Times Square, Kompleks Karamunsing dan lain-lain yang menawarkan kepada pelancong. Mereka boleh berseronok dan relaks di resort lima bintang, berjemur di bawah matahari dan menyelam di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, yang terletak 15 minit perjalanan dengan bot dan bermain golf di Padang-padang golf bertaraf dunia, selain menikmati makanan laut yang enak dan keramahan penduduknya.

Pihak DBKK turut mengusahakan banyak penambahbaikan terhadap kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang baru agar dapat memberi keselesaan kepada rakyat dan lebih mesra penduduk, khususnya kepada golongan kurang upaya (OKU). Antara projek pembangunan yang dirancang dan telah dilaksanakan termasuklah penambahbaikan pada kerja-kerja landskap dalam taman selain menyediakan taman-taman rekriasi seperti Lintasan Deasoka yang berhampiran ibu pejabat DBKK di Jalan Gaya, Segama Waterfront, Taman Awam Teluk Likas, yang mengambil kira aksesibiliti dan kemudahan bagi OKU. Masih terdapat banyak ekmudahan awam yang perlu dinaik taraf tetapi terpaksa dilakukan secara berperingkat kerana kekangan kewangan. Pihak DBKK telah mensasarkan Persekitaran Bebas Halangan khasnya di pusat bandar menjelang penghujung rancangan malaysia ke-10. Akta Orang Kurang Upaya 2007 berkuatkuasa pada Julai 2008, menjadikan semua bangunan baru di bandar untuk mempunyai reka bentuk mesra OKu selaras dengan MS Kod Amalan 1133, 1183 dan 1184 khususnya dari segi akses di luar dan di dalam bangunan.

Dalam bidang pengangkutan bandar, sejak bertahun-tahun, Dewan Bandar raya telah berusaha gigih menambah baik pengangkutan awam. Sebagai contoh ialah khidmat baru bas bandar. Diamana perkhidmatan bari ini menghubungkan laluan utama di dalam bandar tetapi juga menawarkan keselesaan lebih baik dengan menyediakan bas baru serta kemudahan terkini demi manfaat penumpang. Selain itu, terdapat banyak teksi di bandar. Pengangkutan air juga boleh didapati untuk sampai ke pulau-pulau terdekat seperti Taman Marin Tunku Abdul Rahman selain perkhidmatan feri ke Wilayah Persekutuan Labuan. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM63 juta melalui “Kumpualan Wang Amanah Pengangkutan Awam” bagi membina terminal bas Wawasan, terminal persimpangan dan perhentian bas do sekitar bandar. Difahamkan juga pihak DBKK akan membina Terminal Bas Selatan yang terletak di Kepayan dengan peruntukan sebanyak RM2 Juta. kesesakan lalu lintas merupakan masalah besar dan bertambah buruk dari hari kehari kerana jumlah kenderaan yang semakin bertambah, sedangkan infrastruktur jalan masih tetap sama. Pembinaan jalan-jalan, jejambat dan LRT di bandar amat penting bagi mengatasi masalah ini.

Tahap kebersihan secara amnya telah meningkat dan pihak DBKK telah menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak seperti orang ramai, media, pelancong dan kerajaan negeri. Kempen Anti Kutu Sampah yang dilancarkan dua tahun lepas menunjukkan kompaun segera yang dikeluarkan terhadap kutu sampah juga berkurangan berbanding hari-hari awal kempen itu dijalankan. Ini menunjukkan kesedaran umum terhadap kebersihan ditempat awam terus meningkat. Pihak DBKK juga menerima respon positif daripada orang ramai bagi kempen “lapor Kutu Sampah” yang meminta mereka bertindak sebagai mata kepada pihak DBKK. Di mana, mereka boleh melaporkan secara terus melalui sms jika terlihat sampah dibuang daripada kenderaan bergerak. Jumlah kompaun yang dikutip ialah RM44,229 berbanding RM184,424 pada tahun 2008, menunjukkan orang ramai semakin sedar bahawa tugas menjaga kebersihan bandar bukan semata-mata bergantung kepada pihak DBKK sahaja.

Dari segi keselamatan, situasi di Kota Kinabalu terkawal, namun beberapa ciri keselamatan terus dipertingkatkan iaitu dengan memasang televisiyen litar tertutup (CCTV). Serta memperkukuhkan pasukan penguatkuasa dengan menambahkan jumlah pegawai iaitu kira-kira 200 orang anggota pada 2009. Selain itu, pemantauan berjadual oleh pasukan penguatkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjamin. Dengan pelbagai program yang diatur bagi kebersihan, kecantikan dan keselamatan, saya percaya Kota Kinabalu kini menuju arah yang betul untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan mesra bagi penduduknya.


KESIMPULAN

Dalam usaha mengejar pembangunan dan kemodenan aspek-aspek perancangan dan pengurusan bandar yang berkesan sewajarnya harus diaplikasikan bagi mencapai sebuah pembangunan yang mapan. Ia adalah penting bagi memastikan segala pembanguan yang dikecapi pada hari ini tidak membawa kemusnahan keatas alam sekitar dan manusia sendiri. Pembandaran merupakan sebuah proses yang baik dan penting bagi setiap negara, namun sedikit kesilapan yang berlaku terhadap perancangan bandar akan memberikan impak yang mendalam terhadap setiap aspek kehidupan pada hari ini dan kepada generasi akan datang. Bandaraya Kota Kinabalu dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi salah sebuah bandar raya yang terkemuka di dunia berdasarkan kedudukan geografinya yang strategik iaitu merupakan pintu masuk bagi negara-negara ASEAN dan juga negara dari Asia Timur. Justeru itu, pembangunan yang seimbang amat diperlukan bagi memastikan Kota Kinabalu berkembang menjadi sebuah bandar raya yang maju seperti yang diidamkan oleh rakyat negeri Sabah.








MASALAH PEMBANDARAN DI KOTA KINABALU

1) Masalah Cecair Busuk Dari Lori Sampah
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengambil serius tentang masalah cecair busuk yang keluar daripada lori-lori sampah yang mengangkut sampah daripada penduduk di kawasan bandaraya ini. Pada umumnya, DBKK mengendalikan jumlah sampah yang banyak sehingga 350 tan sehari untuk dilupuskan di tapak pelupusan Kayu Madang di Telipok. Namun demikian, masalah yang dihadapi ketika ini adalah masalah cecair busuk yang keluar daripada lori-lori sampah. Terdapat 3 sebab masalah ini berlaku dan antara sebab-sebab tersebut adalah sampah-sampah yang dibuang adalah merupakan sampah-sampah yang berair atau basah. Keduanya adalah kompaktor lori yang hanya dapat menampung sebilangan kecil muatan sampah dan ketiganya adalah sampah-sampah yang tidak diikat dengan sempurna dan dicampur antara sampah kering dan juga sampah basah.

2) Perumahan Setinggan

Walaupun sudah bertahun-tahun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan operasi meroboh rumah setinggan bagi membanteras masalah penempatanharam di bandaraya ini, ia masih gagal mencapai sasran. Buktinya DBKK pada awal tahun 2010 mendapati masih terdapat kira-kira 5,000 rumah setinggan di sekitar bandaraya ini dengan anggaran 10,000 penghuni yang kebanyakannya membina semula rumah di tapak yang dirobohkan sebelum ini. Bancian turut mengenalpasti 26 kawasan tumpuan petempatan setinggan iaitu di Menggatal, Inanam, Likas dan Sembulan yang kebanyakannya dihuni pendatang asing. Sikap degil penghuni setinggan yang tidak serik membina semula rumah yang sudah dirobohkan adalah punca utama keadaan itu, menyebabkan sasaran membanteras masalah setinggan sukar dicapai sepenuhnya. Petempatan haram di belakang Likas Square dan Pusat Perdagangan Sabah antara kawasan setinggan yang tidak pernah selesai dirobohkan hingga sekarang berikutan penghuninya membina semula rumah. Keadaan sama turut berlaku di kawasan setinggan lain seperti di Kampung Suang Parai dan petempatan haram tepi sungai serta kawasan bakau di belakang pusat beli-belah 1 Borneo. Kebanyakan rumah dibina dikawasan bakau bagi menyukarkan operasi meroboh. Usaha membanteras rumah setinggan bukan setakat untuk membersihkan bandaraya daripada petempatan haram tidak terurus, malah bagi mengatasi kebanjiran pendatang asing di Sabah. Usaha DBKK membanteras setinggan juga penting bagi mengatasi pencemaran sampah kerana sebahagian besar sampah yang mencemari sungai dan laut berpunca daripada setinggan. Penduduk setinggan juga dikenal pasti antara penyebab ganguan bekalan elektrik di bandaraya ini akibat tindakan penyambungan haram untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik secara percuma.





3) Masalah Pendatang Asing

Di sebalik kesibukan bandaraya Kota Kinabalu, warga Filipina yang bukan sahaja datang bertamu di negeri Sabah tetapi juga secara tidak langsung telah mengundang kepada masalah peningkatan masalah sosial seperti mencuri, melacur dan sebagainya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia 2009 mengganggarkan sebanyak 614824 pendatang asing telah menjadikan negeri Sabah sebagai “rumah Kedua” mereka dan hal ini berlaku kerana kedudukan negeri Sabah yang bersebelahan dengan negara Filipina telah memudahkan laluan bagi mereka untuk masuk ke sini samaada secara sah atau haram bagi mencari pekerjaan seperti dalam sektor perniagaan, pembinaan dan pengangkutan.

Kesan negatif utama yang dihadapi oleh penduduk tempatan sehingga kini adalah kewujudan kawasan setinggan yang lebih dikenali sebagai “Kampung Air”. Kawasan lain seperti Kampung Likas, Kampung Sembulan dan Kawasan Sepanggar yang berhampiran dengan laut dan sungai dianggap menjadi kawasan petempatan yang selamat bagi mereka untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa sekiranya operasi dijalankan.

Kemasukan pendatang asing ke Kota KInabalu jug atelah menyebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah terutamanya jenayah berat. Perlakuan jenayah ini bermula di Kampung Air dan kawasan setinggan kerana kawasan ini menjadi sarang yang strategic untuk menjalankan kegiatan haram kerana jauh dari mata padangan rakyat tempatan dan pihak berkuasa serta memudahkan mereka untuk melepaskan diri dengan menggunakan jalan air. Antara jenayah berat yang berlaku adalah pengedaran dadah. Bekalan dadah ini diperolehi dari negara asal mereka kemudian dijual kepada pendatang asing serta kepada orang tempatan. Stok dadah yang dibawa juga dalam kuantiti yang banyak sehingga mencecah jutaan ringgit.

Di sekitar Kota Kinabalu juga terutamanya Kampung Air terkenal dengan kegiatan pelacuran. Kebanyakan pelacur pendatang tanpa izin adalah berusia dalam lingkungan 15-30 tahun. Pelanggannya bukan sahaja pendatang asing malah lebih memalukan lagi rakyat tempatan juga turut melanggan bagi mendapatkan perkhidmatan seks yang ditawarkan. Bayaran yang dikenakan adalah sekitar RM50 dan juga bergantung kepada pelanggan yang membayarnya. Menurut kajian, pelacur-pelacur ini disuruh dan dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk melacur dan sesetengahnya memang memilih menjadi pelacur sebagai sumber pendapatan utama.

Kampung Air juga menjadi sarang ‘Mak Nyah’ atau pondan menjalankan kegiatan terkutuk mereka. Penularan kegiatan ini telah menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit yang merbahaya seperti penyakit HIV dan AIDS serta penyakit kelamin seperti sifilis. Kebanyakan pendatang asing, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Oleh yang demikian, mereka melakukan jenayah seperti memukul, meragut dan merompak sebagai pekerjaan sampingan dan kebanyakan mangsa mereka adalah golongan wanita, warga emas dan pelajar.

Kemasukan pendatang asing ke Kota Kinabalu juga telah menyebabkan kadar perkahwinan campur dan perceraian meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, pendatang asing yang masuk Sabah biasanya akan berusaha untuk mendapatkan hak kewarganegaraan dan hanya mudah diperolehi jika mereka berkahwin dengan penduduk tempatan. Pendatang asing ini akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk memikat gadis tempatan supaya berkahwin dengannya. Setelah berkahwin, mereka akan meminta hak kewarganegaraan mengikut syarat yang ditetapkan oleh undang-undang. Setelah mendapat hak itu, pendatang asing ini akan membuat pelbagai masalah dan kerenah serta meninggalkan keluarganya sehelai sepinggang sehingga menyebabkan anak-anak hasil perkahwinan mereka terbiar dan nasib isteri tidak terbela.

Selain itu, bagi pendatang asing tanpa izin yang berkahwin dengan wanita tempatan akan menghadapi masalah memberi status kewarganegaraan anak-anak mereka. Hal ini mengakibatkan anak-anak tersebut tidak dapat dihantar ke sekolah dan tidak mendapat hak-hak keistimewaan warganegara yang lain. Hal ini telah menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Kesannya, anak-anak ini akan menyumbang kepada permasalahan kanak-kanak jalanan dan masalah sosial yang lain. Kebanyakkan kanak-kanak jalanan ini berkeliaran di Pasar Besar Kota Kinabalu dan golongan ini lebih dikenali sebagai ‘KK Street Kids’ oleh penduduk tempatan.

3) Masalah Kesesakan Lalu Lintas

Masalah ini telah menjadi suatu kebiasaan bagi setiap bandar.

ANTARA PROSES PEMBANDARAN MAPAN DI BANDAR RAYA KOTA KINABALU

1) Perniagaan Dan Perdagangan

Setelah sepuluh tahun diisyhtiharkan sebagai bandaraya, Kota Kinabalu kini dilihat antara bandar yang amat pesat membangun dan moden. Buktinya, terdapat banyak pusat perniagaan dan perdagangan yang terkemuka telah dibina dan kini masyrakat negeri ini tidak perlu lagi pergi jauh untuk membeli belah ataupun mendapatkan barang idaman mereka hingga terpaksa pergi ke luar negara kerana semuanya terdapat disini. Pertumbuhan pesat pusat-pusat membeli belah menjadikan Kota Kinabalu antara destinasi pilihan warga Borneo misalnya daripada negara jiran iaitu Brunei, penduduk dari negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk membeli belah. Terdapat banyak pusat membeli belah yang moden serta setanding dengan diluar negara seperti City Mall, 1Borneo Hypermall. Suria KK dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga pasar-pasar kraftangan yang menjual pelbagai hasil kreatif kerja tangan masyarakat negeri Sabah yang berbilang kaum iaitu di Pasar Kraftangan selain itu, Pasar Tamu yang diadakan pada setiap hujung minggu turut menjual pelbagai hasil pertanian dan kraftangan penduduk tempatan.




2) Pusat perkhidmatan kewangan

Terdapat banyak institusi kewangan, bank perdagangan serta syarikat-syarikat insuran yang terdapat disekitar bandaraya Kota Kinabalu. Dimana pusat-pusat kewangan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang komprehensif bagi memastikan aktiviti perniagaan dan ekonomi berjalan dengan lancar. Misalnya dalam menjalankan urus niaga, pinjaman kewangan dan pengurusan hartanah.

3)Pusat Pendidikan

Kota Kinabalu merupakan tempat letaknya sekolah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terkemuka di Sabah. Misalnya terdapat beberapa universiti awam yang telah didirikan bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat negeri Sabah serta turut menerima kemasukan pelajar-pelajar dari semenanjung Malaysia dan juga pelajar-pelajar dari luar negara. Antara pusat pengajian tinggi yang terdapat di Kota Kinabalu ialah Universiti Malaysia Sabah, Cawangan Universiti Teknologi Mara serta beberapa buah lagi kolej-kolej swasta seperti Kolej PTPL, Kolej Yayasan Sabah dan sebagainya. Selain itu terdapat juga sekolah menengah kebangsan Harian, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Sains dan sekolah berasrama penuh. Pihak kerajaan sememangnya amat prihatin terhadap perkembangan pendidikan serta bagi memastikan penduduk negeri Sabah tidak ketinggalan dalam arus kemajuan pendidikan.





4) Pusat Pelancongan dan Rekreasi


Kota Kinabalu merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun. Ia merupakan sebuah bandaraya yang mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan kerana terdapat pelbagai aktiviti pelancongan yang dapat dilakukan. Terdapat banyak destinasi-destinasi menarik disekitar Kota Kinabalu yang mana mampu memberikan kepuasan pelancongan kepada pelancong yang berkunjung di sini. Misalnya terdapat banyak kawasan bersejarah tinggalan pemerintahan British dan Jepun di negeri ini misalnya Keretaapi Borneo Utara/ North Borneo Railway, Menara jam Atkinson dan Memorial Perang Petagas.

Pelancong juga boleh melihat dengan lebih dekat tinggalan artifak sejarah lain dengan berkunjung ke Muzium Sabah. Selain itu, untuk menikmati keindahan pantai tempat-tempat yang boleh dilawati seperti Karambunai Resort Golf Club. Sutera Harbour dan Pantai Tanjung Aru. Untuk melihat budaya masyarakat setempat, pelancong boleh mengunjungi kampung Budaya Monsopiad, berjalan-jalan di Tamu Mingguan Jalan Gaya dan Tamu Penampang. Untuk menikmati keindahan alam semulajadi bercirikan khatulistiwa pelancong boleh berkunjung ke Pusat tanah Lembab Kota Kinabalu dan Zoo Lokawi. Kota Kinabalu juga mempunyai banyak pusat membeli belah yang moden sesuai dengan citarasa masyarakat antarabangsa seperti 1Borneo Hypermall, Suria KK dan Center Point KK. Para pelancong juga turut disajikan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan samaada hidangan tempatan mahupun antarabangsa.







5) Pusat Pentadbiran


Sejak menyertai Persekutuan Malaysia Kota Kinabalu telah menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan negeri Sabah. Selaras dengan taraf bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan ibu negeri Sabah. Ibu pejabat pengurusan dan pentadbiran negeri Sabah terletak di daerah Kota Kinabalu menjadikan bandaraya ini sebagai tumpuan utama penduduk untuk menjalankan urusan tertentu. Selain itu, Kota Kinabalu merupakan pusat utama bagi pihak kerajaan dalam menggubal dasar dan melaksanakan kepada masyarakat.

6) Pengangkutan


Sistem pengangkutan yang moden turut terdapat di Kota Kinabalu ianya dibina bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan serta bagi masalah kesesakan. Misalnya jaringan jalan raya yang moden, sistem pengangkutan udara dan pengangkutan laut khususnya bagi menghubungkan Kota Kinabalu dengan Wilayah Persekutuan Labuan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk (berdasrkan pergerakan bilangan penumpang) di Malaysia selepas lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Disebabkan oleh kedudukannya yang strategik, jarak KKIA dari kebanyakan bandaraya ASEAN dan Asia Utara hanya kurang tiga jam penenerbangan. Ini menjadika KKIA ideal untuk penerbangan tambang murah dan sebagai pusat kedua seperti yang dikenalpasti oleh beberapa syarikat penerbangan iaitu Air Asia. Terdapat penerbangan terus ke Hong Kong, Mcau, Shenzhen, Osaka, Tokyo, Seoul, taipei, Kaohsiung, Singapura, Manila, Kuala Lumpur, Cebu, Davao, Brunei dan Labuan, sekaligus menyediakan hubungan yang baik ke Kota Kinabalu terutamanya dari lingkaran Asia Pasifik. KKIA direka bentuk untuk memberi perkhidmatan kepada pesawat bersaiz kecil hingga yang besar seperti Boeing 747 dan Air Bus.

FUNGSI BANDAR

1) Pusat Pentadbiran
Sesetengah bandar berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Antaranya ialah Seremban, Ipoh, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran biasanaya terdiri daripada ibu negeri, pusat pentadbiran wilayah, daerah, dan bahagian-bahagian. Putrajaya yang dilengkapi dengan bangunan, kemudahan infrastruktur yang cantik dan menarik berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru.

2) Pusat Perniagaan dan Perdagangan

Bandar yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan mempunyai banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain. Sebagai contoh, pelbagai jenis perniagaan dan perdagangan terletak di Kuala Lumpur. Antaranya ialah bank perdagangan, pusat beli belah, syarikat kewangan dan syarikat insurans. Johor Bahru, Geogetown, Kota Kinabalu dan Kuching juga merupakan contoh bandar yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia.

3) Pusat Perindustrian

Sektor perindustrian dapat meningkatkan produktiviti, peluang pekerjaan, pendapatan negara. Jadi kerajaan telah menggalakkan perkembangan perdagangan dan perindustrian melalui Dasar Perindustrian Negara. Zon Perdagangan Bebas dapat menarik minat pengusaha asing supaya melabur di Malaysia. Antara zon perdagangan bebas di Malaysia ialah Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Sungai Way. Kawasan-kawasan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut berfungsi sebagai bandar perindustrian.

4) Pusat Pendidikan

Pembinaan pusat pengajian tinggi awam dan swasta telah menyebabkan bandar berfungsi sebagai pusat pendidikan. Kuala Lumpur terkenal sebagai pusat pendidikan kerana terletaknya Universiti Malaya dan banyak pusat pengajian tinggi swasta.

5)  Pusat Kebudayaan dan Pelancongan

Bandar yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan mempunyai banyak tempat yang menjadi tarikan pelancong. Terdapat pusat kraf tangan, muzium, balai seni lukis, pantai yang indah dan tempat bersejarah di bandar tersebut. Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan terdapat di Muzium Negara, Pasar Seni, balai Seni Lukis Negara, Muzium Tekstil, Menara berkembar Petronas (KLCC), dan sebagainya.



3.6 Pusat Pengumpulan

Bandar-bandar yang berhampiran dengan kawasan-kawasan pertanian biasanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian. Contohnya, Dungun, alor Setar, Kota Bahru, Kngar dan Kluang merupakan pusat pengumpulan hasil padi.

Pengenalan

Bandar merupakan satu unit sempadan pentadbiran dengan kepadatan penduduk yang relatif,di mana penduduknya bekerja untuk menyara diri dengan membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang yang bukan pertanian. Manakala proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar. Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, dan kemudahan infrastruktur. Proses ini juga menyebabkan perubahan dalam ekonomi dan sosial. Penyelidik telah memilih Bandar raya Kota Kinabalu sebagai kawasan kajian. Kajian dijalankan pada 27 Mac 2010 bersamaan dengan hari ahad. Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menjejaskan keperluan generasi yang akan datang. Ianya termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga (1987)