Bersama-sama kita menyokong ke arah Pembandaran Bandar Mapan Kota Kinabalu, Sabah..

~Bandar Mapan Tanggungjawab Bersama~

Search This Blog

Thursday, April 1, 2010

ANTARA PROSES PEMBANDARAN MAPAN DI BANDAR RAYA KOTA KINABALU

1) Perniagaan Dan Perdagangan

Setelah sepuluh tahun diisyhtiharkan sebagai bandaraya, Kota Kinabalu kini dilihat antara bandar yang amat pesat membangun dan moden. Buktinya, terdapat banyak pusat perniagaan dan perdagangan yang terkemuka telah dibina dan kini masyrakat negeri ini tidak perlu lagi pergi jauh untuk membeli belah ataupun mendapatkan barang idaman mereka hingga terpaksa pergi ke luar negara kerana semuanya terdapat disini. Pertumbuhan pesat pusat-pusat membeli belah menjadikan Kota Kinabalu antara destinasi pilihan warga Borneo misalnya daripada negara jiran iaitu Brunei, penduduk dari negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk membeli belah. Terdapat banyak pusat membeli belah yang moden serta setanding dengan diluar negara seperti City Mall, 1Borneo Hypermall. Suria KK dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga pasar-pasar kraftangan yang menjual pelbagai hasil kreatif kerja tangan masyarakat negeri Sabah yang berbilang kaum iaitu di Pasar Kraftangan selain itu, Pasar Tamu yang diadakan pada setiap hujung minggu turut menjual pelbagai hasil pertanian dan kraftangan penduduk tempatan.




2) Pusat perkhidmatan kewangan

Terdapat banyak institusi kewangan, bank perdagangan serta syarikat-syarikat insuran yang terdapat disekitar bandaraya Kota Kinabalu. Dimana pusat-pusat kewangan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang komprehensif bagi memastikan aktiviti perniagaan dan ekonomi berjalan dengan lancar. Misalnya dalam menjalankan urus niaga, pinjaman kewangan dan pengurusan hartanah.

3)Pusat Pendidikan

Kota Kinabalu merupakan tempat letaknya sekolah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terkemuka di Sabah. Misalnya terdapat beberapa universiti awam yang telah didirikan bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat negeri Sabah serta turut menerima kemasukan pelajar-pelajar dari semenanjung Malaysia dan juga pelajar-pelajar dari luar negara. Antara pusat pengajian tinggi yang terdapat di Kota Kinabalu ialah Universiti Malaysia Sabah, Cawangan Universiti Teknologi Mara serta beberapa buah lagi kolej-kolej swasta seperti Kolej PTPL, Kolej Yayasan Sabah dan sebagainya. Selain itu terdapat juga sekolah menengah kebangsan Harian, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Sains dan sekolah berasrama penuh. Pihak kerajaan sememangnya amat prihatin terhadap perkembangan pendidikan serta bagi memastikan penduduk negeri Sabah tidak ketinggalan dalam arus kemajuan pendidikan.





4) Pusat Pelancongan dan Rekreasi


Kota Kinabalu merupakan sebuah bandaraya yang pesat membangun. Ia merupakan sebuah bandaraya yang mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan kerana terdapat pelbagai aktiviti pelancongan yang dapat dilakukan. Terdapat banyak destinasi-destinasi menarik disekitar Kota Kinabalu yang mana mampu memberikan kepuasan pelancongan kepada pelancong yang berkunjung di sini. Misalnya terdapat banyak kawasan bersejarah tinggalan pemerintahan British dan Jepun di negeri ini misalnya Keretaapi Borneo Utara/ North Borneo Railway, Menara jam Atkinson dan Memorial Perang Petagas.

Pelancong juga boleh melihat dengan lebih dekat tinggalan artifak sejarah lain dengan berkunjung ke Muzium Sabah. Selain itu, untuk menikmati keindahan pantai tempat-tempat yang boleh dilawati seperti Karambunai Resort Golf Club. Sutera Harbour dan Pantai Tanjung Aru. Untuk melihat budaya masyarakat setempat, pelancong boleh mengunjungi kampung Budaya Monsopiad, berjalan-jalan di Tamu Mingguan Jalan Gaya dan Tamu Penampang. Untuk menikmati keindahan alam semulajadi bercirikan khatulistiwa pelancong boleh berkunjung ke Pusat tanah Lembab Kota Kinabalu dan Zoo Lokawi. Kota Kinabalu juga mempunyai banyak pusat membeli belah yang moden sesuai dengan citarasa masyarakat antarabangsa seperti 1Borneo Hypermall, Suria KK dan Center Point KK. Para pelancong juga turut disajikan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan samaada hidangan tempatan mahupun antarabangsa.







5) Pusat Pentadbiran


Sejak menyertai Persekutuan Malaysia Kota Kinabalu telah menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan negeri Sabah. Selaras dengan taraf bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan ibu negeri Sabah. Ibu pejabat pengurusan dan pentadbiran negeri Sabah terletak di daerah Kota Kinabalu menjadikan bandaraya ini sebagai tumpuan utama penduduk untuk menjalankan urusan tertentu. Selain itu, Kota Kinabalu merupakan pusat utama bagi pihak kerajaan dalam menggubal dasar dan melaksanakan kepada masyarakat.

6) Pengangkutan


Sistem pengangkutan yang moden turut terdapat di Kota Kinabalu ianya dibina bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan serta bagi masalah kesesakan. Misalnya jaringan jalan raya yang moden, sistem pengangkutan udara dan pengangkutan laut khususnya bagi menghubungkan Kota Kinabalu dengan Wilayah Persekutuan Labuan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk (berdasrkan pergerakan bilangan penumpang) di Malaysia selepas lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Disebabkan oleh kedudukannya yang strategik, jarak KKIA dari kebanyakan bandaraya ASEAN dan Asia Utara hanya kurang tiga jam penenerbangan. Ini menjadika KKIA ideal untuk penerbangan tambang murah dan sebagai pusat kedua seperti yang dikenalpasti oleh beberapa syarikat penerbangan iaitu Air Asia. Terdapat penerbangan terus ke Hong Kong, Mcau, Shenzhen, Osaka, Tokyo, Seoul, taipei, Kaohsiung, Singapura, Manila, Kuala Lumpur, Cebu, Davao, Brunei dan Labuan, sekaligus menyediakan hubungan yang baik ke Kota Kinabalu terutamanya dari lingkaran Asia Pasifik. KKIA direka bentuk untuk memberi perkhidmatan kepada pesawat bersaiz kecil hingga yang besar seperti Boeing 747 dan Air Bus.

3 comments:

  1. pada pendapat anda...adakah kota kinabalu boleh mencapai konsep pembandaran mapan pada masa akan datang..?

    ReplyDelete
  2. pada pandapat saya, boleh sekiranya langkah2 efektif dijalankan secara konsisten dan bersepadu..

    ReplyDelete
  3. salam kepada pengarang...

    saya berharap anda memohon kebenaran sebelum menggunakan gambar yang bukan milik anda.

    Salam
    Kaynisa.blogspot.com

    ReplyDelete