Bersama-sama kita menyokong ke arah Pembandaran Bandar Mapan Kota Kinabalu, Sabah..

~Bandar Mapan Tanggungjawab Bersama~

Search This Blog

Thursday, April 1, 2010

FUNGSI BANDAR

1) Pusat Pentadbiran
Sesetengah bandar berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Antaranya ialah Seremban, Ipoh, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching. Bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran biasanaya terdiri daripada ibu negeri, pusat pentadbiran wilayah, daerah, dan bahagian-bahagian. Putrajaya yang dilengkapi dengan bangunan, kemudahan infrastruktur yang cantik dan menarik berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru.

2) Pusat Perniagaan dan Perdagangan

Bandar yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan mempunyai banyak gedung perniagaan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain. Sebagai contoh, pelbagai jenis perniagaan dan perdagangan terletak di Kuala Lumpur. Antaranya ialah bank perdagangan, pusat beli belah, syarikat kewangan dan syarikat insurans. Johor Bahru, Geogetown, Kota Kinabalu dan Kuching juga merupakan contoh bandar yang berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia.

3) Pusat Perindustrian

Sektor perindustrian dapat meningkatkan produktiviti, peluang pekerjaan, pendapatan negara. Jadi kerajaan telah menggalakkan perkembangan perdagangan dan perindustrian melalui Dasar Perindustrian Negara. Zon Perdagangan Bebas dapat menarik minat pengusaha asing supaya melabur di Malaysia. Antara zon perdagangan bebas di Malaysia ialah Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Sungai Way. Kawasan-kawasan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut berfungsi sebagai bandar perindustrian.

4) Pusat Pendidikan

Pembinaan pusat pengajian tinggi awam dan swasta telah menyebabkan bandar berfungsi sebagai pusat pendidikan. Kuala Lumpur terkenal sebagai pusat pendidikan kerana terletaknya Universiti Malaya dan banyak pusat pengajian tinggi swasta.

5)  Pusat Kebudayaan dan Pelancongan

Bandar yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan mempunyai banyak tempat yang menjadi tarikan pelancong. Terdapat pusat kraf tangan, muzium, balai seni lukis, pantai yang indah dan tempat bersejarah di bandar tersebut. Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan terdapat di Muzium Negara, Pasar Seni, balai Seni Lukis Negara, Muzium Tekstil, Menara berkembar Petronas (KLCC), dan sebagainya.



3.6 Pusat Pengumpulan

Bandar-bandar yang berhampiran dengan kawasan-kawasan pertanian biasanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian. Contohnya, Dungun, alor Setar, Kota Bahru, Kngar dan Kluang merupakan pusat pengumpulan hasil padi.

6 comments:

  1. sememangnya bandar memainkan banyak fungsi, namun tidak semua bandar menpunyai fungsi seperti yang dinyatakan di atas...

    ReplyDelete
  2. betul 2..setiap bandar mempunyai fungsi yang berbeza-beza bergantung kepada geografi serta dasar kerajaan yang membangunkan bandar berkenaa, samaada untuk menjadi bandar pendidikan, perindustrian dan sebagainya....

    ReplyDelete
  3. bandar-bandar yang wujud pada masa kini adalah disebabkan tumpuan penduduk yang semakin bertambah dan bertumpu di sesuatu kawasan dan disebabkan bandar itu sendiri.

    ReplyDelete