Bersama-sama kita menyokong ke arah Pembandaran Bandar Mapan Kota Kinabalu, Sabah..

~Bandar Mapan Tanggungjawab Bersama~

Search This Blog

Thursday, April 1, 2010

KOTA KINABALU SELANGKAH KE ARAH PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Dalam proses menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang moden dan membangun, cabaran terbesar yang dihadapi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ialah kurangnya sumber pembiayaan dan terpaksa bergantung pada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Memandangkan sumber pembiayan terhad, maka projek-projek Dewan Bandar raya dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan semasa, bergantung kepada peruntukan yang disediakan dan sumber yang ada pada DBKK.

Kota Kinabalu mempunyai laut China Selatan sebagai pesisirnya dan Gunung Kinabalu sebagai latar belakangnya. Promosi agresif yang dijalankan kerjaan negeri dan penggiat industri ini menunjukkan hasil dengan bilangan pelancong yang datang ke Kota Kinabalu terus meningkat saban tahun. Pembangunan pesat yang diberlaku di bandar raya ini sejak beberapa tahun lepas, termasuk pembinaan hotel-hotel baru serta resort antarabangsa yang bertaraf dunia, mampu menampung pelancong yang mahu membeli belah sambil berjimat dan yang mahu menikmati percutían yang mewah. Terdapat gedung membeli belah baru seperti 1 Borneo Hypermall, yang terbesar di Borneo, Suria Sabah, Asia City, KK Times Square, Kompleks Karamunsing dan lain-lain yang menawarkan kepada pelancong. Mereka boleh berseronok dan relaks di resort lima bintang, berjemur di bawah matahari dan menyelam di Taman Marin Tunku Abdul Rahman, yang terletak 15 minit perjalanan dengan bot dan bermain golf di Padang-padang golf bertaraf dunia, selain menikmati makanan laut yang enak dan keramahan penduduknya.

Pihak DBKK turut mengusahakan banyak penambahbaikan terhadap kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan yang baru agar dapat memberi keselesaan kepada rakyat dan lebih mesra penduduk, khususnya kepada golongan kurang upaya (OKU). Antara projek pembangunan yang dirancang dan telah dilaksanakan termasuklah penambahbaikan pada kerja-kerja landskap dalam taman selain menyediakan taman-taman rekriasi seperti Lintasan Deasoka yang berhampiran ibu pejabat DBKK di Jalan Gaya, Segama Waterfront, Taman Awam Teluk Likas, yang mengambil kira aksesibiliti dan kemudahan bagi OKU. Masih terdapat banyak ekmudahan awam yang perlu dinaik taraf tetapi terpaksa dilakukan secara berperingkat kerana kekangan kewangan. Pihak DBKK telah mensasarkan Persekitaran Bebas Halangan khasnya di pusat bandar menjelang penghujung rancangan malaysia ke-10. Akta Orang Kurang Upaya 2007 berkuatkuasa pada Julai 2008, menjadikan semua bangunan baru di bandar untuk mempunyai reka bentuk mesra OKu selaras dengan MS Kod Amalan 1133, 1183 dan 1184 khususnya dari segi akses di luar dan di dalam bangunan.

Dalam bidang pengangkutan bandar, sejak bertahun-tahun, Dewan Bandar raya telah berusaha gigih menambah baik pengangkutan awam. Sebagai contoh ialah khidmat baru bas bandar. Diamana perkhidmatan bari ini menghubungkan laluan utama di dalam bandar tetapi juga menawarkan keselesaan lebih baik dengan menyediakan bas baru serta kemudahan terkini demi manfaat penumpang. Selain itu, terdapat banyak teksi di bandar. Pengangkutan air juga boleh didapati untuk sampai ke pulau-pulau terdekat seperti Taman Marin Tunku Abdul Rahman selain perkhidmatan feri ke Wilayah Persekutuan Labuan. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM63 juta melalui “Kumpualan Wang Amanah Pengangkutan Awam” bagi membina terminal bas Wawasan, terminal persimpangan dan perhentian bas do sekitar bandar. Difahamkan juga pihak DBKK akan membina Terminal Bas Selatan yang terletak di Kepayan dengan peruntukan sebanyak RM2 Juta. kesesakan lalu lintas merupakan masalah besar dan bertambah buruk dari hari kehari kerana jumlah kenderaan yang semakin bertambah, sedangkan infrastruktur jalan masih tetap sama. Pembinaan jalan-jalan, jejambat dan LRT di bandar amat penting bagi mengatasi masalah ini.

Tahap kebersihan secara amnya telah meningkat dan pihak DBKK telah menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak seperti orang ramai, media, pelancong dan kerajaan negeri. Kempen Anti Kutu Sampah yang dilancarkan dua tahun lepas menunjukkan kompaun segera yang dikeluarkan terhadap kutu sampah juga berkurangan berbanding hari-hari awal kempen itu dijalankan. Ini menunjukkan kesedaran umum terhadap kebersihan ditempat awam terus meningkat. Pihak DBKK juga menerima respon positif daripada orang ramai bagi kempen “lapor Kutu Sampah” yang meminta mereka bertindak sebagai mata kepada pihak DBKK. Di mana, mereka boleh melaporkan secara terus melalui sms jika terlihat sampah dibuang daripada kenderaan bergerak. Jumlah kompaun yang dikutip ialah RM44,229 berbanding RM184,424 pada tahun 2008, menunjukkan orang ramai semakin sedar bahawa tugas menjaga kebersihan bandar bukan semata-mata bergantung kepada pihak DBKK sahaja.

Dari segi keselamatan, situasi di Kota Kinabalu terkawal, namun beberapa ciri keselamatan terus dipertingkatkan iaitu dengan memasang televisiyen litar tertutup (CCTV). Serta memperkukuhkan pasukan penguatkuasa dengan menambahkan jumlah pegawai iaitu kira-kira 200 orang anggota pada 2009. Selain itu, pemantauan berjadual oleh pasukan penguatkuasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjamin. Dengan pelbagai program yang diatur bagi kebersihan, kecantikan dan keselamatan, saya percaya Kota Kinabalu kini menuju arah yang betul untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan mesra bagi penduduknya.


KESIMPULAN

Dalam usaha mengejar pembangunan dan kemodenan aspek-aspek perancangan dan pengurusan bandar yang berkesan sewajarnya harus diaplikasikan bagi mencapai sebuah pembangunan yang mapan. Ia adalah penting bagi memastikan segala pembanguan yang dikecapi pada hari ini tidak membawa kemusnahan keatas alam sekitar dan manusia sendiri. Pembandaran merupakan sebuah proses yang baik dan penting bagi setiap negara, namun sedikit kesilapan yang berlaku terhadap perancangan bandar akan memberikan impak yang mendalam terhadap setiap aspek kehidupan pada hari ini dan kepada generasi akan datang. Bandaraya Kota Kinabalu dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi salah sebuah bandar raya yang terkemuka di dunia berdasarkan kedudukan geografinya yang strategik iaitu merupakan pintu masuk bagi negara-negara ASEAN dan juga negara dari Asia Timur. Justeru itu, pembangunan yang seimbang amat diperlukan bagi memastikan Kota Kinabalu berkembang menjadi sebuah bandar raya yang maju seperti yang diidamkan oleh rakyat negeri Sabah.








5 comments:

  1. mampukah bandar kk menjadi bandar mapan? jika dilihat pada situasi bandar kk sekarang, bagaimanakah pula keadaannya pada masa akan datang..?

    ReplyDelete
  2. bg saya kk adalah bdr yg berpotensi menjadi sebuah bandar yg mapan jika usaha dan perancangan yg sistematik dan sokongan padu semua aggota masyarakat dapat dilakukan serentak.namun mmg tidak dinafikan masih terdapat byk kelemahan yg perlu diperbaiki. namun selepas 10tahun bergelar bandar raya, rakyat negeri Sabah seharusnya berbangga dengan kemajuan yg telah dimiliki.

    ReplyDelete
  3. KK memang sangat2 berpotensi menjadi bandaraya moden dan juga cantik.. lebih2 lagi dgn lokasi bandar ini yg tltak dpesisir pantai.. apa yg perlu, cuma perancangan bandar yang mapan, macam d US punya bandar2 la bah... baru best...

    ReplyDelete
  4. boleh bagi saya mana dapat references untuk pembelajaan bandar kk

    ReplyDelete
  5. EVERQUEST TINY TILE HEDGE TINY TILE HEDGE TINY TILE
    EVERQUEST TINY TILE HEDGE TINY TILE HEDGE TINY TILE nano titanium by babyliss pro HEDGE TINY TILE HEDGE TINY TILE titanium cost HEDGE ford edge titanium TINY TILE HEDGE omega titanium TINY TILE HEDGE babyliss nano titanium TINY TILE HEDGE TINY TILE HEDGE TINY

    ReplyDelete