Bersama-sama kita menyokong ke arah Pembandaran Bandar Mapan Kota Kinabalu, Sabah..

~Bandar Mapan Tanggungjawab Bersama~

Search This Blog

Thursday, April 1, 2010

Pengenalan

Bandar merupakan satu unit sempadan pentadbiran dengan kepadatan penduduk yang relatif,di mana penduduknya bekerja untuk menyara diri dengan membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang yang bukan pertanian. Manakala proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar. Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, dan kemudahan infrastruktur. Proses ini juga menyebabkan perubahan dalam ekonomi dan sosial. Penyelidik telah memilih Bandar raya Kota Kinabalu sebagai kawasan kajian. Kajian dijalankan pada 27 Mac 2010 bersamaan dengan hari ahad. Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menjejaskan keperluan generasi yang akan datang. Ianya termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga (1987)

No comments:

Post a Comment