Bersama-sama kita menyokong ke arah Pembandaran Bandar Mapan Kota Kinabalu, Sabah..

~Bandar Mapan Tanggungjawab Bersama~

Search This Blog

Loading...

Thursday, April 1, 2010

MASALAH PEMBANDARAN DI KOTA KINABALU

1) Masalah Cecair Busuk Dari Lori Sampah
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengambil serius tentang masalah cecair busuk yang keluar daripada lori-lori sampah yang mengangkut sampah daripada penduduk di kawasan bandaraya ini. Pada umumnya, DBKK mengendalikan jumlah sampah yang banyak sehingga 350 tan sehari untuk dilupuskan di tapak pelupusan Kayu Madang di Telipok. Namun demikian, masalah yang dihadapi ketika ini adalah masalah cecair busuk yang keluar daripada lori-lori sampah. Terdapat 3 sebab masalah ini berlaku dan antara sebab-sebab tersebut adalah sampah-sampah yang dibuang adalah merupakan sampah-sampah yang berair atau basah. Keduanya adalah kompaktor lori yang hanya dapat menampung sebilangan kecil muatan sampah dan ketiganya adalah sampah-sampah yang tidak diikat dengan sempurna dan dicampur antara sampah kering dan juga sampah basah.

2) Perumahan Setinggan

Walaupun sudah bertahun-tahun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan operasi meroboh rumah setinggan bagi membanteras masalah penempatanharam di bandaraya ini, ia masih gagal mencapai sasran. Buktinya DBKK pada awal tahun 2010 mendapati masih terdapat kira-kira 5,000 rumah setinggan di sekitar bandaraya ini dengan anggaran 10,000 penghuni yang kebanyakannya membina semula rumah di tapak yang dirobohkan sebelum ini. Bancian turut mengenalpasti 26 kawasan tumpuan petempatan setinggan iaitu di Menggatal, Inanam, Likas dan Sembulan yang kebanyakannya dihuni pendatang asing. Sikap degil penghuni setinggan yang tidak serik membina semula rumah yang sudah dirobohkan adalah punca utama keadaan itu, menyebabkan sasaran membanteras masalah setinggan sukar dicapai sepenuhnya. Petempatan haram di belakang Likas Square dan Pusat Perdagangan Sabah antara kawasan setinggan yang tidak pernah selesai dirobohkan hingga sekarang berikutan penghuninya membina semula rumah. Keadaan sama turut berlaku di kawasan setinggan lain seperti di Kampung Suang Parai dan petempatan haram tepi sungai serta kawasan bakau di belakang pusat beli-belah 1 Borneo. Kebanyakan rumah dibina dikawasan bakau bagi menyukarkan operasi meroboh. Usaha membanteras rumah setinggan bukan setakat untuk membersihkan bandaraya daripada petempatan haram tidak terurus, malah bagi mengatasi kebanjiran pendatang asing di Sabah. Usaha DBKK membanteras setinggan juga penting bagi mengatasi pencemaran sampah kerana sebahagian besar sampah yang mencemari sungai dan laut berpunca daripada setinggan. Penduduk setinggan juga dikenal pasti antara penyebab ganguan bekalan elektrik di bandaraya ini akibat tindakan penyambungan haram untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik secara percuma.





3) Masalah Pendatang Asing

Di sebalik kesibukan bandaraya Kota Kinabalu, warga Filipina yang bukan sahaja datang bertamu di negeri Sabah tetapi juga secara tidak langsung telah mengundang kepada masalah peningkatan masalah sosial seperti mencuri, melacur dan sebagainya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia 2009 mengganggarkan sebanyak 614824 pendatang asing telah menjadikan negeri Sabah sebagai “rumah Kedua” mereka dan hal ini berlaku kerana kedudukan negeri Sabah yang bersebelahan dengan negara Filipina telah memudahkan laluan bagi mereka untuk masuk ke sini samaada secara sah atau haram bagi mencari pekerjaan seperti dalam sektor perniagaan, pembinaan dan pengangkutan.

Kesan negatif utama yang dihadapi oleh penduduk tempatan sehingga kini adalah kewujudan kawasan setinggan yang lebih dikenali sebagai “Kampung Air”. Kawasan lain seperti Kampung Likas, Kampung Sembulan dan Kawasan Sepanggar yang berhampiran dengan laut dan sungai dianggap menjadi kawasan petempatan yang selamat bagi mereka untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa sekiranya operasi dijalankan.

Kemasukan pendatang asing ke Kota KInabalu jug atelah menyebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah terutamanya jenayah berat. Perlakuan jenayah ini bermula di Kampung Air dan kawasan setinggan kerana kawasan ini menjadi sarang yang strategic untuk menjalankan kegiatan haram kerana jauh dari mata padangan rakyat tempatan dan pihak berkuasa serta memudahkan mereka untuk melepaskan diri dengan menggunakan jalan air. Antara jenayah berat yang berlaku adalah pengedaran dadah. Bekalan dadah ini diperolehi dari negara asal mereka kemudian dijual kepada pendatang asing serta kepada orang tempatan. Stok dadah yang dibawa juga dalam kuantiti yang banyak sehingga mencecah jutaan ringgit.

Di sekitar Kota Kinabalu juga terutamanya Kampung Air terkenal dengan kegiatan pelacuran. Kebanyakan pelacur pendatang tanpa izin adalah berusia dalam lingkungan 15-30 tahun. Pelanggannya bukan sahaja pendatang asing malah lebih memalukan lagi rakyat tempatan juga turut melanggan bagi mendapatkan perkhidmatan seks yang ditawarkan. Bayaran yang dikenakan adalah sekitar RM50 dan juga bergantung kepada pelanggan yang membayarnya. Menurut kajian, pelacur-pelacur ini disuruh dan dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk melacur dan sesetengahnya memang memilih menjadi pelacur sebagai sumber pendapatan utama.

Kampung Air juga menjadi sarang ‘Mak Nyah’ atau pondan menjalankan kegiatan terkutuk mereka. Penularan kegiatan ini telah menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit yang merbahaya seperti penyakit HIV dan AIDS serta penyakit kelamin seperti sifilis. Kebanyakan pendatang asing, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Oleh yang demikian, mereka melakukan jenayah seperti memukul, meragut dan merompak sebagai pekerjaan sampingan dan kebanyakan mangsa mereka adalah golongan wanita, warga emas dan pelajar.

Kemasukan pendatang asing ke Kota Kinabalu juga telah menyebabkan kadar perkahwinan campur dan perceraian meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, pendatang asing yang masuk Sabah biasanya akan berusaha untuk mendapatkan hak kewarganegaraan dan hanya mudah diperolehi jika mereka berkahwin dengan penduduk tempatan. Pendatang asing ini akan menggunakan pelbagai tipu helah untuk memikat gadis tempatan supaya berkahwin dengannya. Setelah berkahwin, mereka akan meminta hak kewarganegaraan mengikut syarat yang ditetapkan oleh undang-undang. Setelah mendapat hak itu, pendatang asing ini akan membuat pelbagai masalah dan kerenah serta meninggalkan keluarganya sehelai sepinggang sehingga menyebabkan anak-anak hasil perkahwinan mereka terbiar dan nasib isteri tidak terbela.

Selain itu, bagi pendatang asing tanpa izin yang berkahwin dengan wanita tempatan akan menghadapi masalah memberi status kewarganegaraan anak-anak mereka. Hal ini mengakibatkan anak-anak tersebut tidak dapat dihantar ke sekolah dan tidak mendapat hak-hak keistimewaan warganegara yang lain. Hal ini telah menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka dengan sempurna. Kesannya, anak-anak ini akan menyumbang kepada permasalahan kanak-kanak jalanan dan masalah sosial yang lain. Kebanyakkan kanak-kanak jalanan ini berkeliaran di Pasar Besar Kota Kinabalu dan golongan ini lebih dikenali sebagai ‘KK Street Kids’ oleh penduduk tempatan.

3) Masalah Kesesakan Lalu Lintas

Masalah ini telah menjadi suatu kebiasaan bagi setiap bandar.

8 comments:

  1. sy melihat fenomena lambakan pendatang tanpa izin di sekitar bandar raya kota kinabalu...apakah fenomena ini ada penghujunnya???

    ReplyDelete
  2. fenomena lambakan pendatang asing ini merupakan antara isu yang kerap menjadi topik perbincang dama ada di kadai-kedai kopi mahupun di dewan perbahasan. ironinya, mengapakah masalah ini masih menghantui bandar kota kkinabalu yang kita cintai ini?pada pendapat saya, sikap ketidak prihatinan masyarakat dan pihak berkuasa mengenai isu ini masih lagi berada di tahap yang kurang memuaskan. tindakan penguatkuasaan yang lemah ditambah lagi dengan kebergantungan kita kepada tenaga pekerja asing ini menyebabkan kita masih lagi di selimuti permasalahan yang remeh ini sejak sekian lama. tepuk dada, tanya minda~

    ReplyDelete
  3. ada kalanya sy merasa agak rimas semasa menaiki pengangkutan awam n berjln2 d sekitar kk kerana melihat terlalu ramai golongan pendatang asing..keselamatan juga seakan2 tidak terjamin untuk bersiar2..mengapa kita sbg masyrakat tempatan merasa terancam di tempat sendiri..cuba anda fikirkan....

    ReplyDelete
  4. Sangat sukar menyelesaikan isu pendatang asing ini....wlupun plbagai langkah kerajaan dijalankan, bilangan PTI masih turut meningkat....hal ini juga harus dilihat dari segi fungsi bandar itu sendiri dimana memerlukan byk pekerja asing dlm sektor pembinaan dan perkilangan....

    ReplyDelete
  5. memang tidak dpt dinafikan negara kt ,sih terlalu bgantung dgn pekerja asing khususnya dlm bdg pembinaan, pertaniaan dan perkilangan..pada pendapat saya fenomena ini akan berterusan dan tidak akan mencapai titik pengakhiran sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  6. Bilakah rumah setinggan di kg sembulan lama akan dirobohkan??apa yg sya nmpak, pasar ikan di kg tersebut pun sdh dirobohkan??apabila penduduk kg sembulan dirobokan, dimanakah mereka akan ditempatkan, kerana penduduk ini bukan PTI???

    ReplyDelete
  7. salah satu faktor kemasukan pendatang asing adalah kerana sistem keselamatan kawalan laut yang tidak ketat. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan sistem kawalan kita yang sentiasa bolos.kerana apa...wang....pihak berkuasa meronda menggunakan motosikal dan kereta peronda...tapi malangnya, setiap kali memeriksa pendatang, apa yang diminta bukan lah dokumen perjalanan tetapi wang sebagai perlepasan. mereka dengan mudah mendapat wang kerana ada dianatara mereka yang menjual rokok secara haram. Pun yang menjadi masalahnya...pihak berkuasa sekali lagi berpura-pura mengejar untuk menangkap barang jualan. Bukan barang jualan yang diambil tetapi wang yang diminta...Jadi, dimana silapnya hal ini....

    ReplyDelete
  8. faktor yang menyebabkan pencemaran berlaku ialah... warga pendatang asing... tidak tahu peraturan negara malaysia.. mereka lbih suka membuat negara ni mcm di bngunkn oleh bangsa mereka.. pastikn mereka tdak buat sesuka hati d malaysia......

    ReplyDelete